Wednesday, February 27, 2008

TeMan SeJatI




Gambar di atas menerangkan tentang pelbagai aspek. Antaranya adalah dalam dunia ini tiada suatu benda hidup pun yang hidup secara bersendirian. Masing-masing memerlukan teman hidup untuk melengkapkan kehidupan mereka. Hidup bersendirian di dunia ini adalah sesuatu yang tercabar. Seseorang itu perlu berhadapan dengan pelbagai cabaran dan tekanan. Teman hidup adalah sangat penting untuk berkongsi hidup kita dengan mereka. Teman hidup dapat memberi tunjuk ajar dalam hidup, berkongsi perasaaan serta berkongsi dalam suka dan duka kita.
Seterusnya ia juga menerangkan tentang pentingnya kerjasama. Dalam membuat sesuatu kerja jika hanya seorang sahaja yang membuat kerja maka akan mengambil masa yang agak lama untuk menyiapkan kerja tersebut. Jika kerja tersebut dibuat oleh lebih daripada seorang maka cepatlah kerja tersebut dapat dibereskan.
Jika hanya menggunakan sebelah tangan sahaja tidak dapat menghasilkan bunyi. Apabila kedua-dua belah tangan digunakan maka dapatlah kita menghasilkan bunyi. Begitulah konsep yang ingin saya kemukakan melalui gambar di atas. Kenyataan ini amat tepat dengan peribahasa yang berbunyi ‘ringan sama dijinjing, berat sama dipikul’.

No comments: